Monday 28 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian Matematik (Mikropengajaran)

Rancangan Pengajaran Harian
View more documents from jocelynlly.


Refleksi Mikropengajaran
Kekuatan

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikropengajaran ialah saya mempunyai suara yang tegas dan lantang. Suara saya yang lantang memudahkan murid-murid saya dapat mendengar dengan jelas. Selain itu, murid-murid saya juga dapat memahami apa yang disampaikan oleh saya melalui suara lantang. Murid-murid akan menumpukan perhatian kepada penyampaian saya tanpa menghiraukan gangguan dari tapak bina di sebelah luar kelas.
            Penjelasan arahan yang saya bagi kepada murid-murid juga merupakan kekuatan yang didapati di dalam proses pengajaran saya. Saya memberi penjelasan arahan yang jelas tentang cara untuk menyiapkan lembaran kerja. Murid-murid saya memahami penjelasan arahan yang diberikan oleh saya. Mereka dapat membuat lembaran kerja selepas saya memberikan penjelasan cara untuk menyiapkannya. Tindakan yang diambil oleh murid-murid saya telah menunjukkan kefahaman mereka terhadap penjelasan saya.
            Saya juga memantau kelas apabila murid-murid sedang buat lembaran kerja. Pemantauan kelas dapat menolong saya mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Saya dapat membantu murid-murid saya dengan serta merta apabila mereka menghadapi masalah dalam lembaran kerja. Di samping itu, saya juga dapat memastikan murid-murid saya menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh saya dengan lengkap dan sempurna melalui pemantauan kelas.


Kelemahan
            Saya menghadapi masalah semasa saya membuat  rakaman mikropengajaran yang kali pertama. Semasa saya membuat rakaman mikropengajaran selama 10 minit, saya diberitahu oleh murid saya tiba-tiba bahawa video kamera saya tertutup. Saya terpaksa menghentikan pengajaran saya dan mencari masalah yang dihadapi pada video kamera saya. Rupa-rupanya video kamera saya habis bateri. Jadi, saya terpaksa menanguhkan rakaman mikropengajaran saya pada hari itu. Saya berasa kecewa kerana rakaman dan pengajaran saya tidak dijalankan secara lancar. Saya terpaksa mencari hari lain untuk menyiapkan rakaman tersebut.
            Kelemahan dan kekurangan lain juga telah dikenalpasti oleh saya dalam mikropengajaran ialah masa pengajaran tidak menepati masa yang telah ditetapkan. Selepas saya menyiapkan rakaman mikropengajaran, saya telah membuat perbandingan masa di antara rakaman dan masa yang ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Saya didapati bahawa masa di antara rakaman dan rancangan pengajaran harian adalah tidak selaras. Namun demikian, masa keseluruhan pengajaran adalah memuaskan.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah saya kurang fasih dalam bahasa Inggeris semasa mikropengajaran. Apabila saya menjalankan mikropengajaran, saya bersikap ragu-ragu untuk berbahasa Inggeris. Kelemahan ini menyebabkan saya tidak yakin pada diri sendiri. Ia juga mengakibatkan saya berasa gementar secara tidak langsung semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Cara Mengatasi
            Kegagalan saya membuat rakaman kali pertama menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya terjejas. Melalui kesilapan tersebut, saya akan sentiasa memastikan dan menyemak semua alat bantu mengajar adalah dalam keadaan yang baik. Tindakan saya ini akan diamalkan selalu untuk mengelakkan proses p&p saya terganggu.  
            Bagi kelemahan yang seterusnya, saya akan menambah baikan dalam ketepatan penggunaan masa semasa menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Saya harus sentiasa berasa prihatin terhadap masa yang telah ditentukan dalam rancangan pengajaran harian (RPH). Ketetapan masa akan saya ikuti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ketepatan masa menolong saya menyelesaikan setiap aktiviti dalam setiap sesi pengajaran.
            Saya akan berfasih lebih dalam bahasa Inggeris untuk melancarkan sesi pengajaran saya. Selain itu, saya harus sentiasa bersikap positif dan yakin pada diri sendiri untuk berfasih dalam bahasa Inggeris. Saya juga akan sentiasa memajukan diri saya melalui membaca buku Inggeris supaya bahasa Inggeris saya dapat berfasih dengan lancar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang. 

No comments:

Post a Comment