Friday 2 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Matematik (Makropengajaran)
View more documents from jocelynlly


Refleksi Makropengajaran
Kekuatan

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makropengajaran ialah saya menggunakan kemudahan perisian komputer dan scanner dengan berkesan. Penggunaan kemudahan komputer di dalam kelas melancarkan proses pengajaran saya. Apabila saya menggunakan perisian komputer dalam p&p saya, saya didapati murid-murid saya dapat belajar dengan hati yang gembira. Selain itu, murid-murid saya juga dapat menumpukan perhatian semasa saya sedang mengajar dengan adanya perisian komputer tersebut.  
            Saya mengalami masalah masa pengajaran tidak tepat berdasarkan rancangan pengajaran harian semasa menjalankan mikropengajaran. Jadi, saya berhasrat dapat mencapai kemajuan dalam kelemahan yang dihadapi semasa mikropengajaran. Selepas saya menjalankan makropengajaran, saya lihat balik rakaman dan didapati bahawa masa pengajaran hanya terdapatnya sedikit perbezaan. Ini bermakna saya ada mencapai kemajuan dalam mkropengajaran saya. Saya akan berusaha lagi untuk mencapai kemajuan yang terbaik.
            Selain saya mencapai kemajuan dalam ketepatan masa pengajaran antara rancangan pengajaran harian, saya lebih berfasih dalam bahasa Inggeris jika berbanding dengan sesi mikropengajaran. Saya didapati bahawa saya yakin pada diri sendiri semasa saya berfasih bahasa Inggeris dalam sesi makropengajaran. Kefasihan bahasa Inggeris mendorong saya menjalankan makropengajaran dengan lancar.
                       

Kelemahan
            Kelemahan dan kekurangan yang saya didapati dalam makropengajaran ialah lembaran kerja. Saya tidak menyediakan lembaran kerja mengikut tahap murid. Kelemahan ini telah menyebabkan murid-murid saya tidak menjalankan aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan. Kekurangan tersebut juga menyebabkan sebilangan murid saya susah untuk menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh saya.
            Kelemahan seterusnya yang didapati dalam makropengajaran saya ialah saya tidak memupuk nilai-nilai murni dalam pengajaran. Semasa menjalankan makropengajaran, saya tidak memupuk nilai-nilai murni kepada murid-murid saya. Kelemahan ini akan menyebabkan murid-murid saya tidak prihatin dan tidak menitikberatkan terhadap nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam aktiviti harian mereka.

Cara Mengatasi
            Bagi masalah lembaran kerja, saya akan menghasilkan lembaran kerja yang mengikut tahap pembelajaran murid. Saya akan menyediakan beberapa lembaran kerja yang mempunyai soalan yang berlainan dari tahap senang ke susah. Bagi murid yang handal, saya akan menjalankan aktiviti pengayaan dengan lembaran kerja yang susah manakala murid yang lemah akan melakukan aktiviti pemulihan dengan lembaran kerja yang senang. Dengan adanya lembaran kerja yang bertahap berlainan, maka saya dapat memastikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid saya.
            Saya akan sentiasa mengingatkan saya sendiri bahawa nilai-nilai murni perlulah dipupuk di kalangan murid-murid semasa menjalankan p&p. Selain itu, saya akan menyenaraikan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan kepada murid-murid akan saya tuliskan dalam aktiviti rancangan pengajaran harian untuk mengingatkan saya semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment