Sunday 11 December 2011

Solving Problem

Solve the following problems.
1. Ramlan has 5705 stamps. Lina has 178 less than Ramlan. How many stamps does Lina have?

    ______________________________

    Answer: __________ stamps

2. Kamal takes 45 minutes to answer 9 questions. How long does he take to answer one question?

    ______________________________

    Answer: __________ minutes.

3. A coffee table has the length of 45cm. What is the total length of 7 such coffee tables?

    ______________________________

    Answer: __________ cm.

4. Roslan shared equally 960g of mangoes with Krishnan and Tan. What is the mass of the mangoes that Krishnan get?

    ______________________________

    Answer: __________ g.

5. A pencil costs 60 sen. How much will nine pencils cost?

    ______________________________

    Answer: __________.


Refleksi Soalan Penyelesaian Masalah
Saya telah menyediakan soalan penyelesaian masalah di atas untuk murid-murid saya di Tahun 3. Saya didapati ada segolongan murid saya sangat sukar menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah bagi subtopik operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Masalah utama yang dihadapi oleh
murid dalam subtopik-subtopik ini ialah tidak dapat mengenal pasti cara atau langkah yang terlibat untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak dapat membezakan di antara empat operasi utama iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Jadi, saya mengambil tindakan untuk menolong golongan murid saya. Saya membincangkan semula soalan penyelesaian masalah tersebut. Saya menggunakan kemudahan ICT seperti komputer, LCD dan paparan skrin bagi memudahkan proses perbincangan bersama untuk mencari jawapan. Sebelum saya memulakan perbincangan, saya meminta murid menyediakan kertas atau buku serta alat tulis yang lain untuk membuat kira-kira dan menyalin semula hasil perbincangan. Seterusnya saya memberikan murid klu atau kata kunci bagi soalan berbentuk penyelesaian masalah untuk mengetahui apakah operasi yang akan digunakan. Misalnya, operasi tambah, klu yang perlu diingat ialah cari jumlah keseluruhan, klu bagi operasi tolak pula ialah cari berapa yang tinggal. Murid diingatkan berhati-hati semasa membaca soalan penyelesaian masalah supaya tidak keliru dengan kehendak soalan. Saya membimbing murid untuk menjawab beberapa soalan. Saya juga menggunakan kaedah pengajaran dua hala iaitu bersoal jawab dengan murid tentang soalan yang hendak dijawab.

No comments:

Post a Comment